Berusaha menjadi antara yg terbaik...
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
PCgM Ranking
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals
PERHATIAN
Daftarlah sekarang... percuma, mudah & cepat... utk melihat semua ruangan...
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 27 on Thu May 16, 2013 1:13 pm
Latest topics
» KONSEP MUZIK
by Admin1 Thu Oct 17, 2013 12:01 pm

» bagaimanakah cara nak tukar not nombor kepada not biasa??
by Admin1 Sat Oct 12, 2013 3:10 pm

» Ranking Portal Cikgu M
by Admin1 Sat May 18, 2013 2:46 pm

» CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A)
by Admin1 Thu May 09, 2013 8:21 am

» Ingin tinggalkan mesej?
by Admin1 Fri Apr 26, 2013 4:51 am

» CIRI-CIRI PENSKORAN KERTAS 012 PENULISAN BAHAGIAN A
by Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:44 pm

» TIP PEMERIKSA
by Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:26 pm

» PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT
by Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:23 pm

» Zoltan Kodaly
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 5:02 am

» TOKOH MUZIK
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 4:24 am

» SKEL MINOR
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 4:07 am

» LATIHAN KOIR
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 3:58 am

» PEPERIKSAAN UPSR BERMULA HARI INI
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 1:16 am

» SKEL MAJOR
by Admin1 Mon Sep 10, 2012 10:19 am

» Soalan Psikologi Pendidikan
by Admin1 Mon Sep 10, 2012 9:33 am

Pautan Berguna
Forum Mari Belajar (FMB)
JPN SABAH
KPM
SPP
e-Penyata Gaji
e-HASIL
Masa Itu Emas
PCgM Shoutbox



Share | 
 

 PERSEDIAAN MENGHADAPI UPSR

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin1



Posts : 680
Join date : 2011-09-23

PostSubject: PERSEDIAAN MENGHADAPI UPSR   Fri Jul 20, 2012 2:24 pm

Memahami Topik Semasa

Jangan terperanjat jika anda mendapati anak anda agak culas dan malas untuk menelaah pelajaran, semuanya berpunca daripada kurangnya kefahaman anak dalam memahami topik semasa yang diajarkan dalam sukatan matapelajaran. Belajar itu sesuatu yang menyeronokkan jika anak anda faham apa yang dipelajari. Kali ini, mari kita pelajari beberapa tip penting untuk para ibu bapa membantu meningkatkan kefahaman anak di dalam matapelajaran yang dipelajari.

1. Kenal Pasti

Latihlah anak anda untuk belajar mengenal pasti kelemahan mereka terutamanya dalam subjek atau matapelajaran darjah 6 yang mungkin agak sukar untuk difahami. Senaraikanlah mengikut tahap yang kurang sukar kepada paling sukar.

2. Kefahaman Mendalam

Tingkatkan kefahaman anak anda dengan memberi galakan supaya mereka sering bertanya kepada guru dan memberi sepenuh perhatian di dalam kelas. Ingatkan anak anda supaya jangan suka terleka, bercakap-cakap dan berangan-angan kosong sepanjang pembelajaran berlangsung. Terapkan di dalam diri anak anda supaya sentiasa fokus terutama ketika guru sedang mengajar. Ramai di antara pelajar-pelajar berjaya, ketika bertanya mengenai resipi kejayaan mereka menjawab fokus di dalam kelas adalah faktor utama yang membantu kecemerlangan mereka.

3. Latih Tubi

Sediakan set soalan daripada buku latihan ataupun buku kerja anak anda sebagai latih tubi. Pastikan kerja rumah yang disediakan itu disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dan ajarkan anak anda supaya menghindari sikap bertangguh.

4. Rajin Bertanya

Sentiasalah ringankan mulut untuk bertanya kepada guru-guru atau rakan sekelas untuk mendapatkan kefahaman yang lebih. Belajar secara berkumpulan juga amat membantu, cumanya apa yang penting ialah anak anda harus membuang rasa taku dan malu bertanya. Berdiri dan tampil ke depan untuk bertanya malah tidak salah untuk sesekali anak anda berkongsi apa yang difahaminya bersama rakan-rakan dan minta bantuan rakan-rakan untuk membetulkan kesalahan kefahaman anak anda jika ada.
Back to top Go down
View user profile
Admin1



Posts : 680
Join date : 2011-09-23

PostSubject: Re: PERSEDIAAN MENGHADAPI UPSR   Fri Jul 20, 2012 2:29 pm

Strategi Mengurus Masa

Pernahkah anda membebel kepada anak anda begini, “Itulah, ibu dah cakap, buat jadual, jangan bertangguh. Sekarang siapa yang susah?” atau begini, “Hah, mainlah lagi, tidurlah lagi, sekarang baru nak kelam kabut!”.

Dialog bebelan seperti ini pasti menjadi rutin harian ibu bapa saat melihat anak-anak yang degil dan suka bertangguh, lebih-lebih lagi dalam merangka srategi mengurus masa ntuk menghadapi peperiksaan. Bagaimana pula untuk mengelakkan “stress” yang melampau dengan tabiat anak seperti ini, dan apakah caranya untuk anda membantu? Kami ada tips untuk dikongsikan bersama!

1. Waktu belajar perlu disusun secara strategik

Anda pasti ibu bapa yang prihatin, kerana itu anda masih setia membaca tips ini. Jadi, rangkalah waktu belajar anak-anak dengan susunan waktu yang strategik, mengambil kira waktu rehat dan santai mereka. Janganlah mendera mereka dengan waktu belajar yang mustahil seperti mengulangkaji mata pelajaran sejarah pada pukul 12 tengah malam

2. Mulakan aktiviti pembelajaran selewat-lewatnya 8.00 pagi pada hujung minggu atau cuti sekolah.

Jangan remehkan musim cuti persekolahan Pada cuti panjang, cuti hujung minggu atau cuti umum, tetapkan masa belajar anak anda selewat-lewatnya jam 8.00 pagi. Selepas dua jam yang pertama, anak anda boleh berehat sebentar kira-kira setengah jam untuk menikmati sedikit kudapan dan membuat regangan badan. Sambung ulangkaji semula pada jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Perkara penting yang harus dititikberatkan ibu bapa ialah jangan biarkan anak anda tidur terlalu lewat. Pastikan anak anda mendapat jumlah tidur yang cukup iaitu sebanyak 6 setengah ke 7 setengah jam sehari. Waktu yang dicadangkan untuk anak anda masuk tidur ialah sekitar jam 10.00 malam dan kejutkanlah anak anda untuk bangun pada jam 5.30 pagi.

3. Tetapkan kalendar peribadi lebih awal berpandukan kalendar persekolahan.

Pihak sekolah selalunya akan memberi takwim atau kalendar persekolahan pada awal tahun. Jadi anda sebenarnya mempunyai banyak masa untuk merancang kalendar peribadi anak anda berpandukan kalendar yang diberikan pihak sekolah. Tidak ada alasan lagi untuk anak anda bertangguh kerana kalendar peribadinya sudah disiapkan selewat-lewatnya 7 bulan sebelum hari pertama peperiksaan bermula.
Back to top Go down
View user profile
Admin1



Posts : 680
Join date : 2011-09-23

PostSubject: Re: PERSEDIAAN MENGHADAPI UPSR   Fri Jul 20, 2012 2:30 pm

Seimbangkan Aktiviti Sosial dan Pembelajaran Anak Anda

Mungkin ramai di kalangan ibu bapa yang masih lagi runsing memikirkan cara terbaik untuk membantu menguruskan pembahagian masa di antara waktu belajar dan aktiviti sosial harian anak-anak. Mari kita lihat tip terbaru yang akan dikongsikan kali ini!

Cuti sekolah tidak bermakna tiada aktiviti pembelajaran. Anda boleh memanfaatkan aktiviti bermain kuiz bersama seisi keluarga walaupun ketika anda sekeluarga sedang bercuti.
Seimbangkan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran. Bantu anak anda menguruskan masa mereka dengan baik untuk mengikuti aktiviti sukan atau kokurikulum lain yg berfaedah seperti pengakap, taekwondo dan lain-lain. Ini akan membantu anak anda menjadi lebih cergas dan cerdas dan memudahkan proses pembelajaran.
Sediakan senarai perkara-perkara penting harian anak anda. Ini akan menjadikan kehidupan anak anda lebih terurus dan menjadikan mereka lebih berdisiplin

Bantu anak anda menyediakan perancangan pembelajaran peribadi dan senarai semak kerja rumah bagi mengelakkan anak anda melakukan kerja rumah mereka di saat akhir.
Sediakan tempat untuk anak anda belajar secara bekumpulan bersama rakan-rakan. Inilah masa terbaik untuk anak anda saling bertukar fikiran ,berdiskussi dan secara tidak langsung merapatkan hubungan antara anak anda dan rakan-rakan mereka.
Kenal pasti masa terbaik untuk anak anda belajar. Terpulang kepada mereka sama ada mahu memilih waktu pagi, petang atau malam sebagai waktu mengulang kaji, dan mungkin juga dengan muzik atau tanpa muzik.
Pilihlah kawasan terbaik untuk anak anda menelaah pelajaran. Persekitaran yang aman dan tenteram, mampu meransang minda dan membanu proses pembelajaran. Bantulah anak anda untuk memilih tempat sama ada di taman, perpustakaan ataupun bilik peribadi mereka sendiri.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: PERSEDIAAN MENGHADAPI UPSR   Today at 5:49 am

Back to top Go down
 
PERSEDIAAN MENGHADAPI UPSR
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Portal Cikgu M :: RUANGAN BAHASA MELAYU-
Jump to: