Berusaha menjadi antara yg terbaik...
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
PCgM Ranking
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals
PERHATIAN
Daftarlah sekarang... percuma, mudah & cepat... utk melihat semua ruangan...
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 27 on Thu May 16, 2013 1:13 pm
Latest topics
» KONSEP MUZIK
by Admin1 Thu Oct 17, 2013 12:01 pm

» bagaimanakah cara nak tukar not nombor kepada not biasa??
by Admin1 Sat Oct 12, 2013 3:10 pm

» Ranking Portal Cikgu M
by Admin1 Sat May 18, 2013 2:46 pm

» CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A)
by Admin1 Thu May 09, 2013 8:21 am

» Ingin tinggalkan mesej?
by Admin1 Fri Apr 26, 2013 4:51 am

» CIRI-CIRI PENSKORAN KERTAS 012 PENULISAN BAHAGIAN A
by Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:44 pm

» TIP PEMERIKSA
by Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:26 pm

» PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT
by Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:23 pm

» Zoltan Kodaly
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 5:02 am

» TOKOH MUZIK
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 4:24 am

» SKEL MINOR
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 4:07 am

» LATIHAN KOIR
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 3:58 am

» PEPERIKSAAN UPSR BERMULA HARI INI
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 1:16 am

» SKEL MAJOR
by Admin1 Mon Sep 10, 2012 10:19 am

» Soalan Psikologi Pendidikan
by Admin1 Mon Sep 10, 2012 9:33 am

Pautan Berguna
Forum Mari Belajar (FMB)
JPN SABAH
KPM
SPP
e-Penyata Gaji
e-HASIL
Masa Itu Emas
PCgM Shoutbox



Share | 
 

 AGENDA TRANSFORMASI NEGARA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin1



Posts : 680
Join date : 2011-09-23

PostSubject: AGENDA TRANSFORMASI NEGARA   Fri Aug 17, 2012 12:11 pm

AGENDA TRANSFORMASI NEGARA

Dalam konteks mempertingkatkan daya saing modal insan negara, melonjakkan ekonomi negara ke paras ekonomi pendapatan tinggi dan menjamin kelestarian jati diri bangsa Malaysia inilah pucuk pimpinan Kerajaan menggarapkan agenda transformasi negara berasaskan falsafah induk ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Inilah falsafah induk dan inilah hala tuju segala perancangan dan inisiatif baharu Kerajaan bagi merealisasikan hasrat Wawasan 2020 — Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian maju menjelang tahun 2020.

Inilah juga misi utama jentera pendidikan segenap peringkat — pejabat KPPM, bahagian-bahagian, Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru Malaysia, jabatan- jabatan pelajaran negeri, pejabat-pejabat pelajaran daerah, bahagian-bahagian teknologi pendidikan negeri, sekolah- sekolah dan pusat-pusat kegiatan guru. Warga pendidik, yang menggelarkan dirinya profesional, bertanggungjawab menggalas agenda transformasi negara, memikirkan cara bagaimana menterjemahkannya dalam medan pendidikan yang diamanahkan kepada kita, dengan ikhtiar yang paling strategik, dengan kaedah yang paling inovatif dan dengan pendekatan yang paling berkesan.

Pertama, kita harus memahami falsafah 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan mendalami dan menelusurinya dari kaca mata pendidikan.



1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
‘1Malaysia sebagai falsafah induk yang memandu hala tuju negara’. Demikian deklarasi Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam Ucapan Bajet Tahun 2011.

Intipati falsafah ini ialah penyatupaduan bangsa Malaysia demi meneruskan agenda membina negara maju. ‘Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar’

Gerakan membina negara maju di atas landasan perpaduan ini didekati dengan dua strategi: pertama, menjana bangsa Malaysia yang bersatu padu; kedua, menjana warga yang progresif dan dinamik yang berkeupayaan memacu negara.

Penjanaan bangsa Malaysia yang bersatu padu itu dapat dicapai melalui usaha pemupukan ‘sikap penerimaan’ dalam kalangan bangsa Malaysia yang majmuk ini. Sikap penerimaan ini bermaksud sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya. Dengan demikian cita-cita ‘hidup bersama dalam satu negara’ dapat direalisasikan. Dengan demikian juga prinsip-prinsip kenegaraan yang telah disepakati bersama, yakni Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara, dapat dihayati dan direalisasi. Seterusnya keadilan sosial dapat ditegakkan, setiap kelompok masyarakat terbela, setiap orang memperoleh peluang dan pertolongan sewajarnya dalam menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Usaha memupuk sikap penerimaan, merealisasikan prinsip-prinsip kenegaraan dan menegakkan keadilan sosial tersebut menuntut usaha penyuburan nilai-nilai murni, terutamanya hormat-menghormati, rendah hati, kesederhanaan dan berbudi-bahasa.

Selain usaha penyuburan nilai-nilai murni tersebut, tertuntut juga usaha penuangan dan penurapan nilai-nilai aspirasi demi menjana warga yang progresif dan dinamik yang berkeupayaan memacu negara ke paras status negara maju. Nilai-nilai aspirasi tersebut ialah integriti, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan. Serentak dengan usaha penuangan dan penurapan nilai-nilai aspirasi ini ialah tindakan yang tersusun dan berterusan bagi mengembangkan budaya prestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu dan budaya inovasi.

Bagaimanakah sikap penerimaan dapat dipupuk dalam jiwa setiap anggota bangsa Malaysia yang berbeza keturunan, berbeza rupa paras, berbeza adat resam, berbeza bahasa ibunda, berbeza agama dan berbeza cita rasa?

Bagaimanakah prinsip-prinsip kenegaraan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara itu dapat dipancangkan ke dalam kotak akal dan kolam nubari setiap anggota bangsa Malaysia yang tidak pernah merasai pahit getir perjuangan kemerdekaan dan pembinaan negara bangsa?

Bagaimanakah nilai-nilai murni dan nilai-nilai aspirasi tersebut dapat disemai, dituang, diturap, dipupuk dan dikembangkan sehingga mengakar dan bersebati dalam kalbu serta bertumbuh dan merimbun dalam kehidupan sehari-hari?

Bagaimanakah budaya prestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu dan budaya inovasi itu dapat dibina dan disuburkan dengan pantas dan tekal? Walhal pembinaan dan penyuburan sesuatu budaya lebih mudah dibahas daripada dijadikan nyata, apatah lagi budaya yang menjadi tunjang kepada sesuatu bangsa yang maju, progresif dan dinamik.

Jawapan kepada semua soalan tersebut ialah pendidikan. Tampak dengan jelas daripada penghuraian falsafah, konsep dan strategi untuk memanifestasikan 1Malaysia bahawa wahana yang paling berguna ialah persekolahan. Alat yang paling berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran. Medium yang paling berpengaruh ialah kurikulum dan kokurikulum. Penggeraknya tiada lain kecuali kaum pendidik dan kaum guru.

Maka benarlah ungkapan Al-Ghazali lebih 900 tahun yang lalu, kira-kira maksudnya: ‘Bagi ilmu pengetahuan ada lima keadaan. Mencari, berusaha dan menghasilkan, yang tidak memerlukan lagi kepada bertanya. Meneliti, iaitu berfikir mencari yang baharu dan mengambil faedah daripadanya. Dan keadaan memberi sinar cemerlang kepada orang lain. Dan inilah keadaan yang semulia-mulianya. Maka barangsiapa berilmu, beramal dan mengajar, maka dialah yang disebut orang besar dalam alam malakut tinggi. Dia laksana matahari yang menyinarkan cahayanya kepada orang lain dan menyinarkan pula kepada dirinya sendiri. Dia laksana kasturi yang membawa keharuman kepada lainnya dan dia sendiripun harum.

Peri pentingnya wahana pendidikan dalam kerja-kerja penempaan manusia yang sarat dengan nilai-nilai murni dan nilai-nilai aspirasi serta menampilkan budaya bangsa yang progresif dan dinamik ini dipertegaskan oleh sarjana pengurusan organisasi Charles Handy dengan memasukkan bab Re-inventing Education dalam buku beliau The Age of Unreason dan memulakan bab tersebut dengan catatan berikut:
‘If changing is really learning, if effective organizations need more and more intelligent people, if careers are shorter and more changeable, above all, if more people need to be more self-sufficient for more of their lives then education has to become the single most important investment that any person can make in their own destiny.’


Back to top Go down
View user profile
 
AGENDA TRANSFORMASI NEGARA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Portal Cikgu M :: TOPIK-TOPIK LAIN :: Isu-Isu Semasa-
Jump to: