Berusaha menjadi antara yg terbaik...
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
PCgM Ranking
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals
PERHATIAN
Daftarlah sekarang... percuma, mudah & cepat... utk melihat semua ruangan...
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 27 on Thu May 16, 2013 1:13 pm
Latest topics
» KONSEP MUZIK
by Admin1 Thu Oct 17, 2013 12:01 pm

» bagaimanakah cara nak tukar not nombor kepada not biasa??
by Admin1 Sat Oct 12, 2013 3:10 pm

» Ranking Portal Cikgu M
by Admin1 Sat May 18, 2013 2:46 pm

» CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A)
by Admin1 Thu May 09, 2013 8:21 am

» Ingin tinggalkan mesej?
by Admin1 Fri Apr 26, 2013 4:51 am

» CIRI-CIRI PENSKORAN KERTAS 012 PENULISAN BAHAGIAN A
by Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:44 pm

» TIP PEMERIKSA
by Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:26 pm

» PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT
by Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:23 pm

» Zoltan Kodaly
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 5:02 am

» TOKOH MUZIK
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 4:24 am

» SKEL MINOR
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 4:07 am

» LATIHAN KOIR
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 3:58 am

» PEPERIKSAAN UPSR BERMULA HARI INI
by Admin1 Tue Sep 11, 2012 1:16 am

» SKEL MAJOR
by Admin1 Mon Sep 10, 2012 10:19 am

» Soalan Psikologi Pendidikan
by Admin1 Mon Sep 10, 2012 9:33 am

Pautan Berguna
Forum Mari Belajar (FMB)
JPN SABAH
KPM
SPP
e-Penyata Gaji
e-HASIL
Masa Itu Emas
PCgM Shoutbox



Share | 
 

 TOKOH MUZIK

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin1



Posts : 680
Join date : 2011-09-23

PostSubject: TOKOH MUZIK   Tue Sep 11, 2012 4:18 am

Sumber Rujukan: http://cikgumuzik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=62&Itemid=56

TOKOH AHLI FALSAFAH JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)
Johan Heinrich Pestalozzi dilahirkan pada 12 Januari 1746 di Zurich, Switzerland. Bapanya Johann Pestalozzi, telah meninggal dunia ketika beliau berusia 5 tahun. Beliau telah dibesarkan oleh ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama kakak serta seorang pembantu rumah. Beliau tidak pernah ke sekolah sehinggalah beliau mencapai usia 9 tahun. Pada peringkat awal persekolahannya, beliau tidak begitu cenderung untuk belajar kerana beliau lebih suka mengelamun. Walaupun demikian, beliau telah Berjaya melanjut dan menamatkan pengajiannya di Universiti Zurich (University Of Zurich). Pestalozzi juga memberi komitmennya kepada keadilan sosial dan berminat di dalam bidang inovasi yang dia telah ceburi di awal persekolahannya. Keadaan ini membuatkan Pestalozzi semakin berminat dalam pendidikan.
Guru yang paling diminati beliau ialah Johann Jakob Bodmer yang merupakan seorang guru yang dikenali di dalam serta di luar Zurich dan Switzerland dan mempunyai ramai pelajar yang berbakat. Dalam tahun 1767, Pestalozzi telah mengkaji tentang Sains Pertanian bersama dengan Johann Rudolf Tschiffeli, seorang petani prysiocrat dan experimental dekat Kirchberg.

Pada tahun 1769, beliau telah berkahwin dengan Anna Schulthess seorang gadis dari keluarga golongan kelas pertengahan di Zurich dan pada tahun 1770 beliau telah dikurniakan seorang anak dan diberi nama Jean Jacques. Pada tahun 1775 beliau telah membeli sebuah ladang berhampiran Neuhof, Switzerland dan telah mendirikan sebuah sekolah. Pendidikan di sini diberikan secara percuma kepada anak-anak yatim dan juga anak-anak terbiar. Di sekolah ini, beliau telah mengajar dengan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran sepertimana beliau mengajar anaknya Jean Jacques. Beliau telah telah Berjaya memberI pendidikan kepada kanak-kanak ini yang sebelum ini tidak berpeluang untuk belajar atau bersekolah. Di sini beliau telah membentuk kaedah belajar berkumpulan dalam mempelajari bidang pembacaan, penulisan dan matematik. Namun sekolah ini terpaksa ditutup kerana kekurangan dana dan hutang yang banyak.

Setelah sekolah ini ditutup, Pestalozzi telah mengabdikan selama beberapa tahun dalam mengusahakan ladangnya serta membuat penyelidikan tentang kaedah-kaedah dan teknik-teknik pendidikannya. Pada tahun 1871 beliau telah mencetak buku pertamanya yang bertajuk ‘The Evening Hours of a Hermit’ yang menceritakan tentang jurnalnya sebagai seorang guru. Pada tahun yang sama beliau telah mencetak jilid pertama novelnya yang bertajuk ‘Leonard and Gertrude’. Di dalam novel ini beliau telah mengumpulkan kebanyakkan idea-ideanya tentang pendidikan dan juga tentang program pemulihan sosial. Jilid keempat dan yang terakhir telah dicetak dalam tahun 1785. Walaupun buku tersebut hanya menjadi bahan rujukan sahaja kemudiannya, dia mendapat sedikit keuntungan dari cetakan Fables (cerita teladan) iaitu koleksi cerita-cerita mengenai haiwan yang padat dengan nilai-nilai murni dan sebuah lagi buku bertajuk Inquiry yang mana ianya berkaitan dengan falsafah. Kedua-dua buku ini telah diterbitkan pada tahun 1791. Dalam tahun 1798, Pestalozzi telah menawarkan diri untuk menolong anak-anak yatim di Stanzs berikutan dengan kemusnahan yang tercetus akibat daripada Revolusi Swiss. Semasa penjajahan tentera Perancis ke atas Switzerland dalam tahun 1798, beberapa orang kanak-kanak yatim telah ditinggalkan bersendirian tanpa makanan dan tempat tinggal di Canton of Nidwalden. Pestalozzi telah mengambil kanak-kanak tersebut dan menjaga mereka. dia telah menukarkan sebuah gereja yang telah ditinggalkan menjadi sebuah sekolah untuk kanak-kanak tersebut.

Dalam tahun 1799, Pestalozzi telah menawarkan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk Kampung Burgdorf . Apabila penduduk Kampung merasa curiga dengan cara kaedah pengajarannya, dia mengambil keputusan untuk membuka sekolah persendiriannya sendiri. Sekolah ini kemudiannya berjaya menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan menjadi terkenal. Akhirnya sekolah ini telah ditaja oleh pihak kerajaan buat pertama kalinya. Akhirnya pada tahun 1801 sebuah buku yang lengkap dan sistematik yang berkaitan dengan cara-cara dan kaedah yang diguna pakai oleh Pestalozi telah diterbitkan. Pestalozzi telah memindahkan sekolahnya ke sebuah istana lama di Yverdon dalam tahun 1805 dan kekal di situ selama 20 tahun. Sekolah ini juga telah menarik perhatian para pelajar dan guru-guru dari seluruh dunia. Wakil-wakil dari Prussia sangat berbangga dengan sekolah tersebut. Mereka telah membawa pulang cara-cara dan kaedah pengajaran Pestalozzi ke Prussia. Mereka telah mengaplikasikan kaedah pengajaran ini ke dalam sistem pendidikan Negara mereka. Pestalozzi telah menutup sekolahnya dan telah bersara pada tahun 1826. Dia telah meninggal dunia pada 17 Februari 1827. Mayatnya telah dikebumikan di New Neuhof iaitu di tapak sekolah pertamanya dahulu. Di Neuhof, Pestalozzi telah menulis hasil karyanya yang terakhir "Schwanengesang“(swansong). Buku tersebut terdiri dari dua bahagian. Bahagian yang pertama terdiri daripada sebuah autobiografi dan bahagian yang kedua adalah penerangan yang lengkap tentang teori-teori pembelajarannya.

TEORI DAN KAEDAH PESTALOZZI
Pestalozzi percaya bahawa tujuan pendidikannya ialah untuk mendedahkan kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam dalam diri manusia. Oleh kerana pembangunan moral, sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap individu terbongkar melalui pendidikan, masyarakat menjadi bertambah maju. Untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi yang penuh, Pestalozzi telah mengembangkan kurikulum permulaan sekolah termasuk Geografi, Sains, Lukisan dan Muzik. Beliau menekankan bahawa guru tidak seharusnya mengajar dengan perkataan apabila murid melihat, mendengar atau menyentuh objek. Beliau menjangkakan murid-murid akan aktif secara berterusan melihat, membuat dan membetulkan kesalahan, menerangkan pemantauan, menganalisis objek dan memuaskan rasa ingin tahu seseorang. Beliau juga percaya bahawa bilik-bilik di sekolah mesti mempunyai atmosfera yang mesra keluarga kristian, di mana ahli-ahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik hati di antara satu sama lain. Teori dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas-asas sistem permulaan pendidikannya digunapakai diserata dunia.


Last edited by Admin1 on Tue Sep 11, 2012 5:10 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
Admin1



Posts : 680
Join date : 2011-09-23

PostSubject: Re: TOKOH MUZIK   Tue Sep 11, 2012 4:24 am

'
A philosophy of Music Education: Advancing the vision'
Bermula dari tahun 1978 hingga bersara pada 1997, Reimer telah memegang beberapa jawatan. Antaranya sebagai Emeritus muzik di Northwestern Universiti, Pengerusi di Jabatan pendidikan Muzik, Pengarah Ph.D di Program Pendidikan Muzik serta pengasas dan pengarah di Pusat Kajian Pendidikan dan Pengalaman Muzik (Centre for the Study of Education and The Musical Experience). Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Muzik dari State Universiti of New York di Fredonia serta Sarjana dan Doktor dalam pendidikan muzik dari Universiti of Illinois.
Memulakan kariernya dalam bidang muzik sebagai pemain klarinet dan obo, Reimer kemudiannya menjadi pakar dalam pembangunan kurikulum, teori penyelidikan dan program pendidikan seni. Rekod pendidikan beliau :

a) State Universiti of New York, College at Fredonia. B.S ( 1954 ).
b) Universisti of Illinois. M.S (1955).
c) Universiti of Illinois. Ed.D (1963).

PEKERJAAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

a) Fakulti di Case Western Reserve Universiti, Cleverland, Ohio (1965 – 1978).

b) Pengerusi di Music Education Department, Universiti of Illinois, Urbana (1960 - 1965).

c) Madison College, Harrisonburg, Virginia (1958 – 1960).

d) Richmond Proffesional Institute of the College of William and Mary (1955 – 1957).

Selain daripada sebagai penulis, Reimer juga ialah seorang pensyarah muzik dan pendidikan seni.

PENERBITAN : Reimer menerima anugerah “Legend of Teaching” daripada Northwestern Universiti, School of Music dan Ijazah kehormat daripada Depaul Universiti, Chicago. Beliau merupakan seorang pengarang atau penyunting kepada dua dozen buku dan lebih daripada 150 artikel, babak dan ulasan. Tulisan, ajaran dan syarahannya merangkumi perbezaan topik termasuk falsafah dalam pendidikan muzik, teori kurikulum, teori penyelidikan, isu kepelbagaian budaya, cerdik pandai muzik, antara disiplin ( interdisiplin ) prinsip-prinsip kesasteraan, pendidikan keguruan, isu pendidikan muzik antarabangsa dan aplikasi dalam psikologi kognitif dalam muzik.

Jurnal “The Journal of Aesthetic Education, Mussing: Essays in Honor of Bennett Reimer telah diterbitkan pada musim sejuk 1999. Beliau menjadi pengarah dan peserta dalam banyak projek nasional dan antarabangsa selain memberi syarahan dan pembentangan di seluruh dunia. Buku beliau yang bertajuk “A Philosophy of Music Education” diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1970, diulang cetak pada 1989 dan edisi ketiganya “A philosophy of Music Education: Advancing the vision” diterbitkan pada 2003. Edisi ke tiganya juga telah diterjemahkan dalam bahasa Perancis, Jepun dan china. Edisi Bahasa Greek juga sedang dalam persediaan. “Silver Burdett Music” buku teks karyanya telah digunakan oleh pelajar-pelajar muzik gred 1 – 8 dengan meluas diseluruh dunia selama lebih dua dekad.
PENGLIBATAN PROFESIONAL
Reimer merupakan penyunting untuk kebanyakkan jurnal-jurnal utama dan menjadi Pengerusi Music Educators National Conferene ( MENC ) Committee on Aesthetic Education. Beliau pernah mewakili MENC sebagai ahli The Alliance for Curriculum Programme yang ditaja oleh Pejabat Pendidikan U.S. Beliau juga merupakan salah seorang daripada enam ahli yang menulis tentang National Standards for music Education. Salah seorang daripada enam ahli ( Ommision Authors of Position Paper for the MENC vision 20/20 project. Pengarah kepada projek penyelidikan 3 tahun berkaitan kurikulum am muzik yang ditaja oleh Pejabat Pendidikan U.S. Penyelidik kepada projek “From Kindergarten through Conservatory in China dan Harvard Project Zero.

FALSAFAH : Reimer percaya bahawa muzik wujud dalam diri setiap individu dan nilai-nilai estetika muzik tidak semata-mata untuk golongan elit sahaja. Beliau juga mengatakan pendidik-pendidik estetik mesti tahu dengan mendalam nilai-nilai muzik seperti mana cendekiawan-cendekiawan professional. Pendidik-pendidik ini mesti menggambarkan seni muzik secara keseluruhan dan tulen kepada kanak-kanak. Dalam pendekatannya, Reimer memasukkan unsur-unsur dari spectrum yang luas dalam kesusasteraan muzikal dan menggalakkan pendedahan kepada muzik untuk lain-lain budaya. Beliau percaya ini akan membawa kepada pemahaman yang lebih dalam pada diri kita dan hubungan dengan budaya-budaya lain. Maksud Perkataan :

a) Falsafah
- Kecintaan kepada kebijaksanaan dengan berfikir secara mendalam dan tepat mengenai satu-satu perkara. - Mengapa perlu pada falsafah. Pengajar-pengajar muzik memerlukan panduan kepercayaan tentang alam semulajadi dan nilai-nilai subjek itu.

b) Aesthetics / Estetika.
- Tanggapan dan kepuasan dalam muzik ( respon ).

Nilai-nilai estetika dalam muzik.
(i) Bunyi-bunyi yang merdu.
(ii) Mencipta muzik yang bermakna ( fikiran, badan dan perasaan ).
(iii) Universal / kebudayaan / individu.
(iv) Pengalaman langsung dengan bunyi-bunyi muzik.

Ciri-ciri pengalaman dalam muzik menurut Reimer:
(i) Memerlukan tanggapan bunyi itu sesuatu yang berseni / artistik.
(ii) Tindak balas efektif untuk meluahkan bunyi yang semulajadi.
(iii) Muzik sebagai cara untuk membelai rasa.
(iv) Muzik sebagai cara untuk dimensi kreatif.
(v) Muzik sebagai cara untuk dimensi sosial / kontekstual.

1992 – Standard Movement seperti yang disarankan oleh MENC :
1. Nyanyian
2. Bermain
3. Menggunakan apa-apa bahan yang ada
4. Mencipta / menyusun / menggubah
5. Kemahiran membaca not ( notasi ) dan memahaminya.
6. Mendengar
7. Menilai
8. Hubungan antara muzik dan lain-lain seni serta disiplin.
9. Memahami muzik dan sejarahnya serta dimensi budaya.

Sumber Rujukan: http://cikgumuzik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=57&Itemid=66
Back to top Go down
View user profile
 
TOKOH MUZIK
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Portal Cikgu M :: RUANGAN PENDIDIKAN MUZIK :: Sejarah Muzik-
Jump to: